Taklimat Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) oleh Pihak ICU JPM
26 Mac 2024 | Aktiviti TerkiniPada 25 March 2024, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Taklimat Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) oleh Pihak ICU JPM yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Taklimat bermula pada jam 11.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari. Tujuan taklimat ini bagi menerangkan insentif yang diberikan oleh kerajaan kepada komuniti.
Taklimat ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik yang akan dibincangkan. Taklimat ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan bagi menerangkan aliran proses permohonan, menambah ilmu tentang syarat-syarat untuk memohon yang ditetapkan. Selain itu, pihak petugas NADI dapat menyebarkan maklumat kepada komuniti untuk menggunakan peluang yang diberikan oleh pihak Kerajaan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: